PROFIL



ASAL USUL
  • Dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia.

PENDIDIKAN
  • Pendidikan menengah bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki), SMKAAM (L).
  • Pendidikan menengah atas di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (SBPIKP) dalam aliran Sains Tulen Agama.

  • Institusi pengajian tinggi yang pertama ialah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) dalam jurusan Tahfiz dan Shariah.
  • Sebelum menamatkan pengajian di KITAB, berpindah ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam jurusan Shariah dan Undang-Undang.
  • Sebelum menamatkan pengajian di USIM, berpindah ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan Perubatan dan Pembedahan (MBBCh). Ditaja oleh sharikat HPA.
  • Sharikat HPA kemudiannya menghadapi masalah kewangan, tajaan tidak dapat diteruskan, lalu pulang ke Malaysia.

JAWATAN
  • Pengasas-Pengarah Baytul Hikma
  • Panel Gabungan Pengamal Perubatan Melayu Malaysia (GAPERA)
  • Unit Pembangunan Modul Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (PERHIJAM)
  • Penolong Setiausaha Pertubuhan Perubatan Melayu Malaysia (PPMM)
  • Ketua Akademi Perubatan Melayu Malaysia (APMM)
  • Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Manuskrip Melayu (PERDIMAN)

KARYA
  • Risalah Ilmu Perubatan, 2012.
  • Terjemahan Matan Isaghuji, 2015. (Karya Asal: Asiruddin Al-Abhari)
  • Oximel, 2015. (Karya Asal: Ibnu Sina)
  • Dialog Existologi, 2015.
  • Bustanus Salatin: Bab Ketujuh Fasal Ketiga, Pada Menyatakan Ilmu Tashrīḥ (anatomi) dan Ilmu Ṭibb (perubatan), 2017. (Karya Asal: Nuruddin al-Raniri)
  • Seksologi: Ilmu Perkasihan Melayu, 2019. (Penulisan bersama dengan Dr. Harun Mat Piah, Pakar Manuskrip Melayu)