NOTA PSIKOANATOMI
Siri 2: Kritikan Terhadap Psikologi Klasik
Oleh: Naseer Sobree
• Psikologi moden tidaklah sama dengan psikologi klasik.
Psikologi moden lebih bersifat empirikal, manakala psikologi klasik lebih
bersifat rasional. Fokus utama kali ini ialah psikologi klasik.
• Antara kelemahan utama psikologi klasik ialah ketakseragaman
klasifikasinya dalam dua bidang iaitu falsafah dan perubatan. Kedua-dua bidang
itu mempunyai kaedah psikologi berbeza, namun ada persamaan.
• Nafs tabi'iyyah sama dengan quwwah nabatiyyah, yakni
merujuk kepada sistem penghadaman, tumbesaran dan peranakan.
• Nafs hayawaniyyah tidak sama dengan quwwah hayawaniyyah.
Nafs hayawaniyyah merujuk kepada sistem pencerapan, pengurusan (pengurusan
maklumat) dan penggerakan. Manakala quwwah hayawaniyyah merujuk kepada sistem
pernafasan, peredaran darah dan pentenagaan.
• Nafs insaniyyah tidak sama dengan quwwah nafsaniyyah. Nafs
insaniyyah merujuk kepada tahap tinggi dalam sistem pengurusan maklumat.
Manakala quwwah nafsaniyyah sama dengan nafs hayawaniyyah, yakni sistem
pencerapan, pengurusan dan penggerakan.
• Ini bererti perbahasan mengenai sistem pernafasan,
peredaran darah dan pentenagaan tiada langsung dalam psikologi klasik bahagian
falsafah.
• Objek yang dikaji adalah sama, tapi hasilnya berbeza.
Sepatutnya sistem psikologi diseragamkan, kerana ilmu mesti bersifat koherens
dan konsisten.
• Selain itu, psikologi klasik tidak membezakan antara
proses sedar (somatik) dan proses taksedar (autonomik).
• Namun ilmu psikologi klasik tetaplah penting kerana ia
masih relevan untuk dijadikan rujukan utama dalam bidang ini.
• Yang terbaik adalah kita gabungkan psikologi klasik yang
rasional dengan psikologi moden yang empirikal, serta dipandu oleh revelasi.
TAMMAT